Banner

Banner

Wednesday, February 23, 2011

REBONDING

Hasil rebonding Salun IKHTIYAR
Dalam pengalaman yang br setahun jagung berkecimpung dlm dunia ahli dandanan rambut, saya sering ditanya oleh pelanggan2 muslimah yang berminat dengan teknik rebonding, HALALKAH??

Pada mulanya soalan ini sebenarnya tidak pernah terfikir kerana selalunya soal halal hanya berkaitan dengan pewarnaan rambut. Maka apabila mula-mula ditanya soalan ini, sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir dan cuba menyelidik tentang hukum hakam rebonding dalam agama islam. Dahulu, semasa mula-mula rebonding popular dikalangan dunia dandanan rambut, soal ini dikatakan HARAM hukumnya kerana ada berkata, ianya merubah ciptaan Allah swt.

Namun, jangan melatah dulu ya. Rebonding itu sebenarnya tidak HARAM, kerana ianya tidak menghalang air dr menembusi rambut yakni ianya sah solat dan tidak ada satu pun hadis atau dalil menyebut tentang rebonding itu haram.

Islam adalah agama fitrah. Tidak ada satu pun hukum dan peraturan dalam ajaran Islam bercanggah dengan fitrah.

Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.

Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”

Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”-rujukan Halaqah.net

1 comment:

  1. maaf sy ingin bertanya puan, di salon mempunyai kerja kosong sebagai pendandan rambut tak sebab saya berminat untuk mencari pengalaman,terima kasih

    ReplyDelete