Kalau nak potong rambut datang la ke ikhtiyar, comform hanya untuk muslimah sebabnya kat depan pintu masuk kami dah letak ni..jadi yang bukan wanita tu faham-faham sajelah yea...
Selalunya sebagai muslimah yang yang memakai tudung, kita sering terhalang dari segi penggayaaan rambut dan sering kembali kepada gaya potongan yang sama sahaja. Jangan risau walaupun bertudung kita masaih boleh bergaya, bukan untuk orang lain, untuk kepuasaan dan keyakinan kita sendiri juga. Jikalau dah bersuami, mestilah bergaya untuk suami, baru la abang sayang x gitu?. Dengan hanya RM15 anda boleh memilih apa jua gaya rambut yang anda inginkan. Pelbagai gaya potongan rambut yang menarik antara yang sedang 'in' sekarang, ini dia "trendy bob"
short layer |
Jenis potongan seperti ini amat selesa, terutama sekali bagi merak yang sukakan gaya kemas tetapi tidak mahu rambut terlalu pendek. Sesuai untuk yang bertudung kerana ia tidak panas.
Antara potongan menarik lain untuk rambut rambut pendek yang juga boleh dicuba antaranya:-
sweet medium haircut |
Untuk mereka yang berambut panjang pula, ini cadangannya..potongan long layer ini sentiasa 'in' kerana ia mudah digayakan tetapi cabaran untuk menjaga juga lebih besar. Oleh yang demikian, ikhtiyar juga menyediakan servis 'hair treatment' , 'hair spa' untuk memastikan rambut sentiasa lembut, sihat dan bersinar.
Rawatan 'hair scrub' pula untuk merawar kulit kepala yang bermasalah seperti rambut berkelemumur atau menghadapi rambut gugur. Rangkaian penjagaan rambut yang digunakan ini juga boleh merawat stress!
Antara kebaikan yang lain ia juga boleh merawat
|
Untuk akak-akak yang sudah 'matang', rambut menjadi senja, servis inai rambut juga dsediakan. Jadi, apa tunggu lagi datang la ke ikhtiyar, pasti tak menyesal.
Mutiara itu Indah
Kecantikan selalu dinilai dari paras rupa dan bentuk fizikal walaupun begitu kecantikan dalaman juga harus dijaga dari segi tingkah laku dan tutur kata. Tidak lah nanti orang mengata, muka cantik, rambut cantik, tapi perangai masya allah...nauzubillah..(mengingatkan diri juga sbnrnya, kdg2 terhanyut dengan kata pujian). Satu perkara yang harus sentiasa kita tanamkan dalam diri, segala yang kita ada hari ini adalah pinjaman semata.
Ikhtiyar Salun dan Spa
No 165, Tingkat 1
Lagenda Heights (sebelah nasmir nasi kandar)
Sungai Petani
Puan An: 013-4083299 / Shafa : 019-4764586